Selasa, 23 Julai 2013

Pengenalan WordPress

Pengenalan WordPress

WordPress (WP) merupakan salah satu perisian sumber terbuka (open source). WordPress boleh dikategorikan sebagai satu Sistem Pengurusan Kandungan atau sebuah Content Management System (CMS) yang berasaskan perisian sumber terbuka. Dengan erti kata yang lain bermakna WordPress (WP) ini boleh diperolehi serta digunakan secara percuma samada untuk tujuan peribadi ataupun untuk kegunaan komersil.

logo wordpress

Fungsi WordPress

Apakah fungsi WordPress? Wordpress bertindak sebagai peralatan blog atau blog tool yang digunakan untuk membina atau membuat blog. WordPress berfungsi sebagai satu sistem pengurusan untuk blog seperti penulisan, pengeditan, posting artikel blog dan sistem komentar. Blog WordPress lebih menyerlah dengan adanya fungsi pengurusan gambar, video, widget, plugin dan themes bagi menampikan satu rekabentuk blog wordpress yang lebih menarik.

Sejarah dan Perkembangan WordPress

WordPress buat pertama kalinya telah dibangunkan oleh Ryan Boren dan Matt Mullenweg dengan menggunakan script PHP serta MySQL. Mereka bersama-sama dengan beberapa developer yang lain di seluruh dunia telah berusaha mengembangkan projek WordPress sejak tahun 2004 yang pada ketika itu hanya dikenali sebagai B2. Kemudian daripada itu nama WordPress telah digunakan sehingga ke hari ini.

Kumpulan pembangunan WordPress atau WordPress developer merupakan kumpulan yang sangat aktif serta agresif. Mereka telah berusaha dalam memastikan kesempurnaan perjalanan WordPress, baik dari aspek rekabentuk yang cantik, kecanggihan programnya malah dari aspek kemudahan penggunaan atau mesra pengguna. Sehingga artikel ini ditulis, WordPress telah pun mengeluarkan versi terkini iaitu WordPress 3.5 yang sentiasa dikemaskini untuk kemudahan serta keserasian kepada penggunanya.

WordPress merupakan CMS yang sangat fleksibel. Bukan hanya sekadar untuk tujuan blog, WordPress juga dapat digunakan untuk beberapa keperluan lain. Misalnya ianya boleh juga dijadikan sebagai surat jualan untuk menjalankan perniagaan online. Selain itu WordPress mampu bertindak sebagai galeri foto, galeri video, platform pengiklanan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai lagi kelebihan yang mungkin tidak tersenarai dalam artikel pengenalan wordpress ini, namun anda boleh terus ikuti psting artikel-artikel yang seterusnya di blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beberapa Artikel Menarik