Selasa, 23 Julai 2013

Selamat Datang ke Panduan Blog WordPress

Salam Sejahtera kepada para pengunjung yang sudi singgah di blog saya iaitu Panduan Blog WordPress. Blog ini saya rencanakan bertujuan untuk berkongsi beberapa teknik dan tips berkaitan pembangunan blog atau laman web berasaskan WordPress. Semoga dengan perkongsian saya di sini dapat dimanfaat oleh para pengunjung untuk tujuan yang baik.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat perkongsian di blog ini yang mungkin tidak begitu jelas dan mungkin juga terdapat perbezaan pendapat atau pandangan saya berbanding dengan pengamal blog WordPress yang lain. Perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman serta pengamatan saya menggunakan WordPress sejak tahun 2008.

Panduan Blog WordPress akan menyediakan beberapa tutorial melalui Video, PowerPoint, dokumen dalam bentuk pdf dan sebagainya. Saya dari masa ke semasa akan cuba menyampaikan panduan membina blog WordPress menggunakan pendekatan yang terkini. Walaubagaimanapun mungkin akan terdapat maklumat yang dipaparkan agak ketinggalan memandangkan perkembangan WordPress yang begitu cepat dari masa ke semasa.

Akhir kata, semoga perkongsian saya di blog ini dapat membantu anda yang berminat dengan pembinaan blog atau website berasaskan WordPress. Sekian, terima kasih dari saya Che Ami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beberapa Artikel Menarik